Dimaklumkan bahawa MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM) telah membangunkan ‘Sistem EKhairat MAIM’ secara online. E-Khairat adalah satu sistem yang dibangunkan untuk kemudahan Masyarakat, Jawatankuasa, Masjid, Pertubuhan dan Persatuan yang berhasrat membuat kutipan derma bagi sesuatu projek pembangunan / penambahbaikan untuk institusi keagamaan seperti Masjid, Surau, Sekolah Agama, Tanah Perkuburan Islam dan Insfrastruktur. Langkah-langkah permohonan e-Khairat boleh Klik Di sini.
1. Permohonan kebenaran Pungutan Khairat di Negeri Melaka
2. Membuat semakan permohonan
3. Semakan maklumat untuk informasi orang awam
1) SILA ISI MAKLUMAT BAGI PROJEK ANDA
2) PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT ADALAH BENAR DAN TEPAT.
3) SEMAKAN DOKUMEN 7 HARI BEKERJA
4) PROSES TAPISAN KESELAMATAN DI POLIS DIRAJA MALAYSIA SEKURANG-KURANGNYA 90 HARI BEKERJA
5) PROSES PENGELUARAN KAD KUASA & KELULUSAN SURAT KEBENARAN DALAM TEMPOH 7 HARI BEKERJA.
6) ANDA AKAN DIHUBUNGI PIHAK MAIM
7) SURAT KEBENARAN & KAD KUASA PUNGUTAN KHAIRAT AKAN DISERAHKAN KEPADAPEMOHON.