Perhatian Semua!
Sila sertakan dokumen-dokumen berikut.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ahli pemungut (Perlu dimuat naik dan wajib di isi).
- Sijil Pendaftaran pertubuhan (Sekiranya ada)
- Sijil Pendaftaran Sekolah/ Institusi/ Tahfiz (Perlu dimuat naik dan wajib di isi).
- Minit mesyuarat perlantikan ahli jawatankuasa projek bagi Masjid/ Surau/ Persatuan (Perlu dimuat naik dan
wajib di isi)
- Salinan Penyata Bank Projek terkini (Perlu dimuat naik dan wajib di isi).
- Contoh deraf resit pungutan khairat (Perlu dimuat naik dan wajib di isi)
Bagi permohonan warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negeri Melaka hendaklah mengemukakan dokumen berikut
:
- Salinan kebenaran bertulis untuk membina atau membaikpulih masjid, surau, sekolah Islam atau bangunan lain
yang seumpamanya daripada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri yang berkunaan atau pihak berkuasa lain
berkaitan dengan perkara itu.
- Salinan surat tapisan keselamatan daripada Bahagian Perlesanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri berkenaan;
dan
- Salinan buku akaun projek berkenaan dan penyata bank yang disahkan oleh pegawai pengeluaran kebenaran
kutipan negeri berkenaan.
Kadar fi bayaran ke atas setiap permohonan seperti berikut :
| BIL |
Butiran |
Kadar Fi (RM) |
| 1 |
Permohonan Baru |
RM50.00 (setiap permohonan) |
| 2 |
Permohonan Perlanjutan |
RM30.00 (setiap permohonan) |
| 3 |
Kad Kebenaran Memungut |
RM10.00 (setiap orang) |
|
4 |
Gagal Memulangkan Kad |
RM50.00 (setiap permohonan) |
| 5 |
Rayuan Melebihi Tempoh |
RM50.00 (setiap permohonan)
|